About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Tuesday, October 13, 2009

Bergaduh....dot..dot..dot...

Anas Bin Malik pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata, “sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini bertaraf hassan. Menurut Sheikh Muhammad Nasirudin Albani, seorang pakar hadith abad ke-20, hadith ini bertaraf sahih

Perdebatan biasanya akan mencerminkan ‘true color’ seseorang. Di kaca mata pihak ketiga, orang lain akan melihat bagaimana “hodoh”nya atau hebatnya akhlak mereka yang berbalah. Ada mereka yang berbalah mengikut hawa nafsu. Ada yang bersabar.

Saya mengasihani mereka yang terlibat dengan sebarang bentuk perbalahan sia-sia. Orang akan menilai akhlak kita dan meletakkan satu label negatif pada diri kita. Seterusnya akan memberi kesan kepada pergaulan dengan orang-orang di sekeliling.

Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” [2]

Biasanya perbalahan yang sia-sia akan membuahkan kata-kata keji antara kedua-dua pihak. Lalu kata-kata keji itu akan memberi kesan kepada “status” keimanan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil kisah tentang keimanan diri sudah tentu tidak akan memperdulikan sabda nabi ini. Berbeza dengan mereka yang begitu mengambil berat dengan sabda-sabda nabi, sepatah dua sabda sudah memadai dan dipandang serius.

Ada baiknya kita meninggalkan perbalahan sia-sia dalam semua hal. Perbalahan yang sia-sia adalah sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada agama, baik agama diri sendiri atau orang lain. Abu Hurairah ada menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “adalah termasuk kebaikkan pada agama seseorang, apabila dia meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah.” [3]
Wallahu’alam

Thursday, August 27, 2009

Membuka Pintu Rezeki..

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata :
"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadis:

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Wednesday, August 26, 2009

Jadual Harian Seorang Muslim

4.00 pagi Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib.Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

7.00 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.30 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

p/s:Sama2 kite cuba ikut jadual ni ye..kite berusaha sama2 utk mjadi Muslim n Muslimah Super..bknnye di bulan Ramadhan je..tp pada smua bulan..InsyaAllah..JOm!!Praktikkan!!

Tuesday, August 25, 2009

Kartika oh Kartika..n Critera Sebat..

Isu y sangat panas skarang..isu Kartika Sari Dewi Shukarno y mminum arak di khalayak ramai di Pahang..tapi..tu bukan isu nya..da most impoten thing is..hukuman y bakal die trima..Untuk sesiapa y tidak mengikuti kisah kartika ni..jom sama2 kite soroti bagaimana polemik ini boleh tjadi..

Kesalahan wanita kontroversi ini bermula pada 20 Ogos lalu, Kartika yang berusia 32, telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak enama Tiger Beer di sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008..DAN..bermula lah kontroversinya..6 SEBATAN!!!

Kartika ni telah meminta supaya die disebat dikhalayak ramai!!em..tindakan y sungguh berani..supaya ianya akan mjadi pengajaran kpd org ramai..saya sgt mengagumi keberaniannya dalam menjalani hukuman ini..tetapi mahkmah ngara kite tidak mbnarknnya..kenapa??kerana..kerana..kerana mahkmah ngara ini lbih mengutamakn undg2 sivil bbanding dgn hukumn bdsrkn Islam atau hukum hudud.

Selpas itu..bmulalah episod baru..muncullah tetamu y tidak diundang..konon2nya hukuman ini kejam thadap wanita..hukuman sebat ini zalim!!TETAPI..lupakah anda..bukankah hukum hudud utk minum arak adalah 40 sebatan??LUPA atau BUAT2 LUPA??inilah die golongan Sisters In Islam..Antara kenyataan y sgt mjengkelkan ialah.."semakin berat hukuman,semakin Islam seseorang itu"..Adakah bagi mereka Islam ni kejam?Mereka2 ni perlu diseret ke muka pengadilan!!Mereka akan memesongkan pemikiran orang ramai..idealisme liberal n sekularisme y dibawa akn mbwa kpd ppecahan ummah!

Em..Pnjg lebar entri ni..Marilah kite fikir sejenak..kenapa negara kite tidak mengamalkn hukum hudud?kenapa??kenapa kite msh bpegang dgn undg2 sivil y dbwa oleh pjajah?kite masih blum mdeka spenuhnya..Stakat ari ni,hukuman sebat kartika ditangguhkn sbb bulan ramadhan..logik ke?em..bila shja saat Kartika akan disebat kelak..Malaysia akn mcipta sjarah baru..Kartika ialah wanita ptama y disebat atas kesalahan minum arak..sama2 kita tunggu..apa akan blaku sterusnya..

p/s:Islam itu indah..
credit to http://mahasiswakini.com..try surf website ni..utk lbih info..

Monday, August 24, 2009

7 Tingkat Neraka..

"Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya." (Surah At-Tahrim: 6)

Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.

Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:

Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT bermaksud:
"Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya. " (Surah Al-Imran:12)

Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman:
"Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah".

Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud:
"Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala) . Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya. " (surah Al-Lail: 14-16)

Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

Jangan terlalu mengejar harta duniawi..
Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

Saqru ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.


Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: "Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas..

Sunday, August 23, 2009

Take Hold of Ur Iman..


"Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah."


ni antara lagu kegemaran saya..bg saya,lagu ni mbawa mksud y tsendiri..lagu ni btajuk " Give Thanks to Allah" dan dinyanyikan oleh Mikaeel..juga lebih dikenali sbg Jacko @ Micheal jackson..Mikaeel kini telah pulang menemui penciptaNya..he rest in peace..die bjya mnemui apa y dicari dlm idup ni wpun tidak dilahirkn sbg seorg muslim..kite??bgaimana pula dgn kite??Adakah kite bsyukur kpd Allah sbb kite tpilih utk mrasai nikmat iman dan Islam??adakah kite mhargai nikmat iman dan Islam y kita miliki??ataupun,adakah saudara baru y memeluk Islam lebih mhargainya bbanding kite..

"take hold of your iman
dont givin to shaitan"
lirik ni mbuat sy bfikir...adakah kite selalu memegang erat iman kite..adakah kite mjga iman kite betul2..jgn biarkn syaitan menguasai kite..ataupun..adakah kite hanya mengikut sahaja telunjuk syaitan..marilah kita sama2 fikirkan...sama2 muhasabah diri..better late than never..selagi pintu taubat masih lagi tbuka untuk kita..

p/s:dengarlah lagu ni beserta lirik..buka mata hati..

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner