About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Monday, April 12, 2010

Dunia???Tak perlu dikejar2...


Bernilaikah dunia?Berapa nilainya dunia?? mampukah kekayaan dunia menyamai sehelai sayap nyamuk?ataupun sayap lalat?

Orang yang mengejar dunia,makin jauh dgn akhirat..sejarah telah membuktikan...Contohnya ialah Firaun,Qarun, Hamam...

Kebahagiaan hanya terdapat pada orang y mgejar akhirat...wpun hidup miskin,die bahagia..sebab hidup diredhai Allah..Kekayaan dunia akan mengikut dari belakang kalau kita mengejar akhirat...

Jangan terkinja-kinja kejar kekayaan..pangkat...takkan ke mana...apa yang kita cari dalam hidup??duit??rumah??anak??kalau kita da jadi seorang guru,kita akan dapat smua tu..don't be too materialistic...stakat mana kita mngejar akhirat mcm kita mgejar dunia??stakat mana kite beribadat sungguh2 macam kite struggle untuk bjya dlm exam or untuk cari duit?kalau kite dah meninggal, kita nak bawa bekal duit dan kekayaan kite ke??dapat ke duit2 kite tlg kite dalam kegelapan dan kesunyian kubur??



Begitulah...jom kite sama2 fikirkan...

Sunday, April 4, 2010

Berkata yang baik-baik atau diam....


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Apakah sesiapa dari kalanganmu sanggup memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati, sedangkan kamu amat membenci perlakuan itu?”

Saudara yang diumpat itu dianggap sebagai mayat kerana mayat tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya ketika disakiti. Begitulah perihalnya pada memperkatakan benda-benda yang tidak elok tentang seseorang di belakangnya.

Di alam internet yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja….

credit to: ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Tuesday, March 23, 2010

Praktikal???bukan.....

Sekarang ni, shabat2 dan teman2 smuanya blumba2 praktikal..y da nk grad pn ad...saya??still lagi blaja..saya pn br je abis praktikal 2 miggu lepas..opsss.....bukan....bukan praktikal...PBS la..aka Pengalaman Berasaskan Sekolah..saya mjalani PBS di SK Seri Gading, Batu Pahat Johor...tarikh??8-12Mac ari tu..kirenye baru lg la...

Seminggu di skul tu..byk r yg saya dpt...dpt la tau real life of cikgu cikgi...tambah2 skul ni kirenye antra bes skul la..sgt mantop!!guru besar cemerlang..cikgu cikgi cmerlang...murid pn cmerlang!!!byangkan....bru bln Mac tp most of standard 1 pupils can read both BM n Bi!!!mn nk cri...besenye drjh 4, 5 n 6 pn rmai lg y xpndai bca...hebat skolh ni...

Ish..pnjang lak borak..jom..sharing moment lak!!


di sini segalanya bermula..chewah..

4 org cikgi pelatih...

aik??ad jugak superman dlm kelas...

model colgate...



p/s: tu jela coret2 PBS utk sem ni...sem depan ad lg...nnti kite crite lg next sem ye...tgguuuu.....



Thursday, March 18, 2010

*~ Doa Buat Sahabat Tersayang ~*


*~ Doa Buat Sahabat Tersayang ~*

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya ALLAH..
Panjangkanlah umur sahabatku;
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya;
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman;
Tetapkanlah hatinya;
Perluaskanlah rezekinya;
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan;
Jauhkanlah hatinya pada kejahatan;
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..

Ya ALLAH..
Jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU agar tidak terjatuh di dalam jurang cinta nafsu;
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-MU;
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU..

Ya ALLAH..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-MU;
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki;
Rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-MU..

Ya Allah..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Amiin..

credit to:http://sahabatmusleem.blogspot.com

Hukum Al-Quran Ditindih..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah, syukur kita pada Allah SWT. Kerana sehingga hari ini kita masih lagi diberikan peluang untuk teruskan kehidupan seperti biasa. Rabu 17 March 2010 bersamaan dengan 2 Rabiul Akhir 1431H.

Hm, tengah buat apa sahabat² semua? Dah makan malam ke? hehe. Saya belum lagi, jap lagi makan. Kawan baik tu tengah dok masak nasi goreng special. he! Saya, tukang menunggu je kat ruang tamu ni sampai siap. Hm. Sedapnye~

OK, kembali pada tajuk. Hukum Al-Quran apabila kita menindihkan sesuatu benda yang lain [kecuali al-Quran itu sendiri] ke atasnye. Aha~ Jom kita baca apa hukumnye.

Tadi dengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus. Kata beliau dalam kuliahnya, apabila kita meletakkan sesuatu benda [contoh: cermin mata, buku² lain, rehal dll] diatas al-Quran. Hukumnya adalah berdosa. Jadi, lepas ni jangan kita meletak apa pun benda diatas al-Quran kecuali al-Quran itu sendiri diatasnya. Hm. Benda ni kita nampak macam remeh je kan? Tapi, pada hakikatnya tidak.

~ Tu je untuk harini~

Wassalam,

Petikan dari:
SahabatMusleem
http://sahabatmusleem.blogspot.com/

Monday, March 15, 2010

Any Comment??



Program ICT Sekolah Brilliant Kids (TBKids)

Melalui program Terengganu Brilliant Kids yang diperkenalkan di 963 buah tadika seluruh negeri awal, guru-guru kini menggunakan papan sesentuh atau Interactive White Board yang mengandungi pelbagai elemen untuk mengajar kanak-kanak.

Kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta bagi membiayai program itu di peringkat awal menggantikan Program Q-Dees yang hanya menyediakan dua mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik. Tiada lagi penggunaan papan putih, pen marker, mahu pun gambar-gambar lukisan yang dilukis sendiri oleh guru, untuk mengajar kanak-kanak tadika di negeri ini.

Program tersebut yang dimulakan awal tahun lalu mengandungi audio, visual, multi-media serta latihan-latihan yang menguji tahap kecerdasan dan penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Kaedah ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kanak-kanak yang tidak fokus dan kurang minat terhadap kaedah pembelajaran formal dalam kelas yang lebih bersifat konservatif dan kurang menarik.



Di peringkat sekolah rendah, sebanyak 25k e-Book dibekalkan secara percuma kepada semua murid Tahun Lima sekolah rendah seluruh negeri, mulai tahun lalu. Pembahagian e-Book dilakukan secara telus di mana semua murid mendapat kemudahan itu, tanpa mengira bulu dan latar belakang keluarga, demi memastikan hasrat kerajaan negeri mewujudkan masyarakat ‘celik komputer’ tercapai.

Usaha menambah nilai peralatan ICT di sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang terpilih itu sudah pasti membolehkan lebih ramai pelajar tempatan menguasai bidang ICT, sebelum mereka menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Akhirnya, pelajar-pelajar ini akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta menjadi kebangaan seisi keluarga dan mampu mengangkat martabat masyarakat tempatan.

credit to:http://www.cikgublog.com/

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner