About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Wednesday, February 23, 2011

Sejarah 'time'..

pada jejari yang sama..pada 1 titik yang sama..pada bulatan yang berbeza..

maksudnya..pada punca yang sama...hanya watak yang berbeza..

faham??TAK!!...okei2...meh nak explen...

macam ni...kita imbas kembali lipatan sejarah...tragedi berdarah...13 Mei 1969..

ops..saya bukan nak cerita pasal sejarah..nanti semua tido..

jentik sikit minda kita....


........................................................................


antara implikasi 13 mei tu..orang2 melayu mendapat kuota dalam perniagaan sebanyak 30%...

tapi sampai sekarang pun..orang2 melayu masih terkebelakang dalam 'bisnes'..

kenapa?

sepatutnya..dengan kuota sebanyak itu...sudah mampu untuk meningkatkan ekonomi orang2 Melayu!

dulu dan sekarang..kita ada kuota 30%....

tapi..hari ini..berapa ramai orang Melayu jadi antara orang paling kaya dalam negara?

boleh dibilang dengan jari!

bisnes dimonopoli oleh bangsa2 lain..orang Melayu?

bagai melukut di tepi gantang....merempat di negara sendiri..


....................................................................................................


ops..dah lari topik...pada jejari yang sama..pada titik pusat yang sama..bulatan yang semakin besar..


maksudnya..walaupun orang melayu ada kuota..tapi..bagaimana bangsa2 lain 'meluaskan bulatan'..membesarkan skop perniagaan...betapa mereka bijak..merancang strategi..


strategi..untuk..'mengecilkan'..kuota kita...tanpa disedari..'mengaburi mata' umum...dengan 30% yang 'ilusi'


faham tak??entah...saya tidak punya cara..untuk men'simple'kan lagi 'ceritera' ini..cuma..


ahh....sejarah itu perlu..untuk 'menarik tangan' kita...sebelum terjatuh ke 'lubang' yang sama..

Tuesday, February 22, 2011

Berehatlah sekadarnya...

Ambil masa muhasabah..biar jadi lebih tabah...

Saya sangat penat...menahan 'ribut petir'...'hurricane'...benar kata orang...lebih baik kita 'penat fizikal'..dari 'penat mental'...

Iye..saya membenarkan kenyataan ini...sebab...

Kalau kita penat badan..minda kita akan 'pujuk' badan kita supaya bertahan...kita lagi kuat dari apa yanng kita fikir..tu kita panggil 'da power of mind..'

Tapi..kalau minda kita 'penat'..habislah..tu kan 'main switch' 4 our whole body..1 badan kita akan collapse..tak bermaya..lesu..lemah..walaupun pada hakikatnya masa tu sihat sangat sihat dari segi fizikal...

Betulkan?

Terfikir...sebab tu 'perang saraf' atau 'serangan fikiran' sangat efektif kan????

p/s:.....saya perlu berehat...tapi...berehat sekadar yang perlu...masih banyak 'hutang' tanggungjawab yang perlu dilangsaikan...

Monday, February 21, 2011

Fatamorgana vs realiti

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukur...sebab masih berdenyut lagi nadi ini...

Apa yang nak diperkatakan?

Pernah anda membela haiwan peliharaan?

Tu bukan persoalannya...yang penting,di mana anda letakkan 'kesayangan' anda itu...dalam sangkar..atau bebas?

Ye..itu yang saya maksudkan..

Fatamorgana kebebasan...atau...terkurung dalam sangkar realiti..

Maaf..saya bukan munsyi...saya tidak pandai berkata2..tidak faqih mengatur bicara..

Sama2 kita fikir dan renung...

Saya mahu bebas..anda juga kena bebas..walaupun..itu hanya fatamorgana..

Mungkin hakikatnya..kita..sama2 terkurung..dalam sangkar realiti....



Sunday, February 20, 2011

Berselirat vs hilang punca='ubat penenang'

'tali' yang 'berselirat'...tersimpul kemas..tak dapat diungkai...'kusut'...namun..akan dapat 'dileraikan'..andai kita tahu 'punca'nya

kegersangan jiwa...kekontangan hati..semua ini umpama 'wayar' yang 'bersimpang-siur' dalam diri..

kalau 'extension wire' berselirat..lama-kelamaan...'wayar' itu akan 'pecah'!!

'litar pintas' akan berlaku...

natijahnya...

'KEBAKARAN' atau 'LETUPAN' memusnahkan...

hanya diakibatkan oleh..'extension wire' yang berbelit-belit...




Jadi..kalau 'vena' membawa masuk 'darah kerunsingan' dan dan 'arteri' pula mengalirkan 'darah2 kegelisahan'...berserabut...berselirat...hilang punca...

Ubatnya??

Bukannya analgesik (ubat penahan sakit)....bukannya barbiturat(ubat anti depressan)

TAPI...

Kembalilah kepada fitrah seorang hamba...

Itulah 'ubat penenang' yang TERBAIK...

Wednesday, February 16, 2011

Pagi ini...

Bismillahirrahmanirrahim...
Saya mulakan pagi yamg mulia ini dengan rasa penuh kesyukuran...
Sungguh...kesyukuran yang benar2 syukur...
Syukur...sebab Dia masih sayangkan saya...
Syukur sebab Dia masih izinkan saya bernafas di dunia sementara pinjamanNya...
Syukur sebab...saya masih belum cukup amalan untuk dihitung...

Entah kenapa...pagi ini...bangun pagi....
Rasa sayu menerpa....hiba...mata terasa hangat..
Saya takut...takut..sungguh...
Teringat semua dosa2 dan perkara2 yang dah saya wat selama ni..
Saya takut....saya takut mati...
Amal saya sikit sangat...entah dikira...entahkan tidak..
Dosa menggunung...macam mana...
Hati rasa kecik..

Saya takut kena seksa dalam kubur...
Saya takut tergelincir semasa meniti titian sirat...
Saya takut menerima buku catatan amalan dengan tangan kiri..
Saya takut cangkuk api neraka menarik saya ke dalamnya..
Saya takut timbangan neraca Mizan menunjukkan kemungkaran saya lebih berat dari kebaikan
Saya takut seksaan api neraka...

Ya Allah...tolonglah..peganglah aku seeratnya...jangan sesekali Kau lepaskan tanganku...aku hanya hambaMu yang lemah...lalai...tetapkanlah hatiku ya Allah..janganlah Kau bolak balikkan hati ini...Amin...

"Kita Pembunuh??"

Bismilahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
Masih diberi keupayaan olehNya untuk terus menulis...

"Kita pembunuh??"..tu tajuk entry kali ini...

Saya bukan seorang karyawan..jauh lagi seorang novelis...
Saya hanya seorang insan biasa...yang suka meng'observe' suasana sekeliling...
Macam2 ragam2...macam2 gaya..macam2 perangai...suka duka...
Sungguh..semua itu seni kehidupan...orkestra kehidupan..


Opss...tu 'kerak' je ye...ok2...tu intro sahaja..kita masuk ke 'teras dalam' entry ini ye..




Kita pembunuh??pembunuh bersiri??

Teman 1: "Astaghfirullah...tak pernah...mustahil..."
Teman 2: "Mana ada...cubit orang pun tak pernah...nak membunuh??jauh sekali..."

Macam mana kalau saya kata..kita telah membunuh tanpa sedar?

"Ko tak yah r wat gitu...wat nyusah je..takkan jadi nye...wat malu je wei klu orang tengok..."

"La..ko ni..asyik salah je...dah banyak kali aku ajar kan.."

"Kita jadi jela macam orang biasa..tak payah wat pelik2..tak payah la nak ubah keadaan yang sedia ada ni.."

Ini la antara 'kes jenayah berat'...silent killer!..yang membunuh semangat dan motivasi orang lain...

Kenapa..kenapa..kenapa...tanpa sedar kita membunuh 'self-esteem' orang...dengan senjata lidah kita...

Adakah 'pembunuh' ini akan dipenjarakan?atau dihukum gantung?

Andai ada 'mangsanya' yang 'mati'..atau...'lumpuh seumur hidup'..atau 'cacat kekal'...

Ada ke mahkamah yang akan membela nasib 'mangsa2' ini?
Ada pendakwa raya?
Peguam bela?
Juri?
Hakim?

Sama2 kita check balik diri...jangan sesekali merenggut semangat dan motivasi orang lain...Andai disebabkan kelancangan mulut kita yang 'tiada insurans'...orang lain merana seumur hidup...selama2nya tidak yakin dengan kemampuan diri...macam mana nak bina balik semangat orang yang telah 'terbang'??

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner