About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Thursday, April 23, 2009

Tinta 4...

"Tini, npe bengkak kaki tu?",tegur teman sy pd suatu ptg..sy terkesima...sy sndiri pn xsdar sjak bile n kenapa n di mana kaki sy sakit (semua WH Question)..spti br bgn tdo, sy mamai n tkjut bl lihat mmg kwsn pglangan kaki sy bengkak truk..oh..br ingt..da bbrpa ari training basketball..bdn da lebam2..teman sy nmpk sdey sgt..die letak ubt,urut2...sy bgtau die jgn riso...xde pape pn..tp die stil sdey..jauh di sudut ati,sy rasa terusik..em..btol2 la ckp org dulu2..bl kt da rpt ngn spe2 pn,cubit paha knan tp paha kiri pn trasa jugak..tharu2...sjak itu,sy berazam utk concern psal die..sbb??? sbb...sbb die kwn,rakan,sahabat n teman sy...stuju x dgn sy?

"True fren scolds like a dad,
Cares like a mom,
Teases like a sister,
Irritates like a brother.."

"They care for u but
they are not from ur family,
They are ready to share ur pain
but they are not in your blood relation.."

They are Fren!!!



p/s : semoga tinta ini menjadi coretan sy y terakhir kerana...kerana..kerana..ari ni sy da sdiakan adiah utk teman sy..tapi..ianya rahsia..cubala teka ap adiah y bkal teman sy dpt??kalau terer,cubala....nntikn jwpnny esok..tgguuuuuu...

Tinta 3..




Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia

p/s: "sy plg ske rama-rama",kata temanku ini..ni sy bg adiah 3 ekor rama2..smoga teman sy ini akn sntiasa epi..

-mengimbau suka duka pshbtan..hati ini digamit kerinduan..-

Wednesday, April 22, 2009

Tinta 2..



kelmarin aku rebah di ribaan mu
bersama-sama hati yang gulana terluka
dan sisa-sisa kekuatan yang ada
terima kasih sahabat
kerana memberi penghormatan itu
untuk aku menumpang kegagahanmu
mencuri semangat di ribaanmu

semalam aku terjatuh lagi di sisimu
dengan duka lara jiwa yang semakin resah
dengan doa dan harapan yang kian sirna
terima kasih sahabat
kerana menarik pulang akal warasku
saat aku mula merungut rintih, mencongak kira
betapa tidak adilnya takdirku dan dunia

hari ini aku masih belum pulih
dan aku masih mencari sisimu sahabat
menadah kasih, mengadu sendu menitip pilu
terima kasih sahabat
kerana beban yang kutimbun buat mu ini
masih kau tadah kumpul dalam hatimu
gigih ihsanmu mencuba buat aku tersenyum

terima kasih sahabat...
buat perhatian dan ambil beratmu berhari-hari ini
buat setiap saat waktu yang terbazir
untuk mendengar keluh kesahku
buat setiap tutur kata dan pujukan
untuk buat hati kerasku menerima takdir ilahi

terima kasih aku buat tuhan
kerana meminjamkan aku
seorang sabahat seperti kamu
doaku tuhan
janganlah Kau bebani sahabatku ini
dengan musibah yang Kau uji untukku
sesungguhnya aku tak yakin kemampuanku
untuk menjadi sahabat seteguh dia
kala dia ditempatku
dan Kau pelihara dan lindungilah sahabatku ini tuhan
dengan kasih sayang dan rezekimu
aminnn...

buatmu sahabatku...aku sayang kamu!

p/s: ari ni ad 2 adiah..harap2 ske la ye..comey sgt tu..

Monday, April 20, 2009

Tinta 1..





Sajak ini ditujukan khas buat temanku...walaupun jauh di mata..namun tetap dekat di hati..semoga sentiasa selamat selagi masih bertaburan di atas muka bumi Allah ini..

persahabatan itu
anugerah
persahabatan itu
persaudaraan
sesama insan

persahabatan itu
terjalin apabila terjadinya
pertemuan

persahabatan itu
adalah persaudaraan
yang akrab
atas dasar-dasar
ketulusan
keikhlasan
kejujuran dan erti persahabatan
yang tulus suci berpaksikan keimanan

dan persahabatan itu
adalah amanah
seorang sahabat
di dalam menjalinkan
persahabatan

p/s: kau sahabat..kau teman..amik arnab ni..sbg hadiah...

Sunday, April 19, 2009

Ini Yang Kite Cari..

Antara wasiat Imam Hassan al-Banna:

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

AWAS!!

Jenis Syaitan yang goda manusia:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan
apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suamiisteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Dan ini yang tambahan.....
10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah
Klang, Singapore, Beijing &..... Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!
12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan
masak lemak.

Tuesday, April 7, 2009

Keampunan Dengan Menjawab Azan...

"Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikan bagi menghormati seruan azan.Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah telah mengampunkan dosaku.Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya. Jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.""

Bersabarlah..

Malam Pertama..

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Farshi turab........
Azzahra' A.R.

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner