About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Tuesday, August 31, 2010

sebab aku saudara kamu..

kau tanya aku,
kenapa aku tidak melepaskanmu,
walau kat mencalarkan hatiku,
walau diriku kau tinggalkan beribu batu,
jawapanku hanya satu,
sebab aku saudara kamu,
pastinyg keimanan mendahului kata-kataku ini.
Sebelum ia kulancarkan keluar menyentuhmu....


Di dalam hati,
terdapat kekosongan yang takkan terisi,
kecuali mendekati Ilahi,
rasa sendiri,
Ilahi itu sentiasa merapati,
hanya dengan jambatan keimanan,
baru mampu merasai...



Kenapa kisah?
Kerana kau saudaraku,
kalau kamu tanya apa hubungan kita?
Ku jawab hubungannya adalah keimanan...



Kubina hubungan kita atas keimanan,
aku cintakanmu kerana Allah,
maka ku lebihkan dirimu daripada diriku,
walau itu menuntut pengorbanan...



Kalau benar atas iman.
Pasti kau sanggup berkorban,
kalau benar atas iman,
pasti kau kekal bertahan,
kalau benar atas iman,
pasti kau akan jumpa keikhlasan,
kalau benar atas iman.
Pasti kau mampu mengucup erti pengorbanan...


P/s:SAYANG KAMU KERANA ALLAH!!

Monday, August 30, 2010

coret kosong..

Banyak benda nak tulis...

Banyak benda nak kongsi...

Tapi...

Semuanya tersekat di kerongkong...

Terbuku dalam hati...

Kata orang....

Jangan ikut hati,nnti mati

Jangan ikut rasa,nnti binasa,

Em...Biarlah...Simpan rasa dalam hati...

Sunday, August 29, 2010

Berehat seketika bsama........PBS!

beta...zati kawan beta...dan yang berbaju ijau itu...yati adinda beta...haha...

jom..klik klik lagi....

cikgu cikgi berposing maut....pergh.....1 2 3..sila comment

scroll down.............

v
v
v
v
v
v
v
jangan..
jangan..
jangan...
JANGAN TENGOK!!
huh...
kan da cakap jangan tengok..


opss...aksi apakah??adik beta ke ni??18 PL...



ni aksi lagi...hadirin diminta jgn jeles..okei..wink wink..



ni gmbr sopan okei...cikgi n anak2 muridnya...

p/s: tu je..xbley byk2...

Saturday, August 28, 2010

CAsh??

Berfikir...

Wat goes around comes around...

Allah bayar cash segala perbuatan kita..betul tak??

Kalau kita tipu orang,orang akan tipu kita balik...

Kalau kita ngumpat orang,orang akan ngumpat kita balik...

Tapi..kalau kita sayang orang,orang sayang kita balik ke??

Tak sure kan...

Cuma..Kalau kita sayang Allah,,Dia sure akan sayang kita balik...CONFIRM!!

Ahh..lagi-lagi sayang...

Setiap yang berlaku...
pasti ada hikmah di sebaliknya...
percaya atau tidak, 
Allah telah merancang yang terbaik buat kita...
boleh jadi,apa yang kita suka,
apa yang kita sayang,akan memudaratkan kita...
kita tak tau apa yang bakal berlaku pada masa depan,
tapi Dia Maha Mengetahui....
Dia tahu kita akan mendapat keburukan,
jadi Dia menghilangkan apa yang kita sayang,
Dia menghalang apa yang kita suka buat...
kerana apa???
kerana...Dia tau..
kita akan mendapat keburukan daripadanya...


Pernah dengar tak lagu ni?Ni lagu Keroncong Kasih Sayang-UNIC

"Jangan mudah melafaz kasih.. Kasih itu pada siapa 
Jangan mudah melafaz sayang..Sayang itu untuk siapa 
Jangan mudah melafaz cinta..Cinta itu pada yang Esa
 Cintakan bunga, bunga kan layu
 Cintakan manusia kan pergi"


Binatang pun pandai sayang dengan ikhlas kan?Manusia??




Betul kan?
banyak mana pun kita sayang pada seseorang tu,
manusia pasti akan mengecewakan kita..
sungguh...
walaupun kita sayangkan manusia sepenuh hati...
sayangkan manusia dengan penuh jiwa bakul...
pasti...dia akan kecewakan kita jua..
jadi..tumpahkanlah..segala kasih sayang dan cinta kita kepadaNya...
sebab..




Dia tidak akan pernah menipu kita..
Dia tidak akan pernah mensia-siakan kita..
Dia tidak akan pernah mengecewakan kita...
Dia tidak akan pernah menghancurkan hati kita...
Dia tidak akan pernah menyebabkan kita jatuh tersungkur kekecewaan...



p/s:Berkasih sayang secara tulus..jujur...ikhlas...dari hati...

Dear diary:28 Ogos 2010

Assalamualaikum w.b.t....


Alhamdulillah....masih diberi peluang olehNya..untuk bernafas..menikmati kasih sayang....dan nikmatNya....pagi ini sudah selamat sampai mjejakkan kaki di rumah...bertemu insan tersayang..


Alhamdulillah...masih diberi peluang olehNya..untuk terus menyayangi insan-insan di sekeliling...sungguh....sangat sayangkan mereka....


Alhamdulillah...masih diberi peluang olehNya..untuk terus memberi..erti hidup pada memberi...memberi...berkongsi...kasih sayang..rezeki...kesusahan...kegembiraan...


p/s:bersyukur jua dengan ujianNya..

Thursday, August 26, 2010

Wanita cantik

Wanita cantik menurut Allah adalah...

melukis kekuatan melalui masalahnya...

tersenyum di saat tertekan...

tertawa di saat hati sedang menangis...

tabah di saat terhina...

mempesona kerana memaafkan...

mengasihi tanpa meminta dibalas...

bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi...

moga-moga....kita lah WANITA CANTIK menurut Allah...

InsyaAllah.....

Wednesday, August 25, 2010

Tribute untukmu...





Teman... usah dikau pergi

Ke mana harusku cari ganti

Senyuman yang semanismu



Kini kau tiada lagi di sisiku

Kau pergi ...

Kau luka, hampa dan kecewa



Hanya kenangan terukir di dada

Bersemadi dalam sanubariku

Jiwa membara memendam rasa

Tersemai seribu pengertian hidupku


p/s:Terima kasih atas segala memori yang telah dicipta....

Sunday, August 22, 2010

Garisan penamat!!

Sepanjang hidup..
Pelbagai pengalaman telah ditempuh..
Pahit maung kehidupan...
Suka duka mewarnai jiwa...
Merangkak..berjalan..berlari...
Dan tersungkur...bangun kembali...dan teruskan berlari...
.

Andai kita berlari di atas trek @ balapan..
Saat pistol di tembak..bang..bang..bang...
Kita akan memecut laju...(ni refer kepada sprinter)
Semakin memecut hingga ke garisan penamat
dan akan berhenti bila mencecah ke garisan penamat...
larian kita sudah sampai ke penghujungnya...


Jadi,jika masa lampau kita adalah kegelapan..kejahilan...kemungkaran...
Jangan gundah...jangan resah..jangan gelisah..
Biarkan zaman gelap itu dengan sejarah silamnya...
Buka buku baru...teruskan mencoret cerita baru...
Anggap sahaja masa lampau itu sudah sampai ke garisan penamatnya..
Sudah TAMAT larian kejahilan itu....




p/s:semua yang berlaku adalah ujianNya...


Sayang..ooo..sayang...

Saya sayang aw sangat3x!!
Saya sanggup buat apa sahaja untuk aw...
Lautan api sanggup ku renangi..
Lautan badai sanggup ku tempuh..
Demi untukmu insan tersayang..

Em..mcm ni ke sayang?Sama-sama buat kemungkaran..untuk buktikan sayang masing2... bagus..sangat bagus..tempah hotel kat neraka..nak ke??

Saya sayang aw sangat3x...
Aw nak heret saya dalam neraka ke?

Aw nak saya kena seksa dalam kubur ke?
Aw nak saya tergelincir semasa meniti titian Sirat ke?

Aw nak saya ambik buku catatan amalan saya dengan tangan kiri ke?


Sebab saya sayang aw...
Saya nak pimpin aw...
Saya nak kita tinggalkan kemungkaran..
Saya nak kita bersama2..
Berpimpin tangan..sama2 melangkah..
Menuju ke syurga...


SAYANG HINGGA KE SYURGA...




p/s:andai saya tersungkur jatuh,tolong pimpin saya bangun ye..jgn tinggalkan saya....nak bangun..nak bjalan sma2..till Jannah..insyaAllah..

Friday, August 20, 2010

Lakaran hati...


Langkah diayun longlai..
Layu..hampir tersungkur...
Hilang arah...hampir jatuh..
Melutut...menyembah bumi...

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)


Ujian ini....berat...
Pundak ini...tidak mampu menggalas lagi...
Betapa diri ini sangat lemah..
Terduduk...
Tidak punya kekuatan...


Ya Allah...
Bantulah aku....
Suluhlah aku...aku meraba-raba di dalam gelap...
Tunjukkanku jalanMu....


`~jiwa kacau~

Wednesday, August 18, 2010

2nd Choice?



Second choice?

Pernah dengar tak?

Men'second choice' kan Allah...

Pelik...manusia memang sangat pelik...

Macam mana boleh men'second choice'kan Allah...

Sedangkan kita semua tahu...Hanya Dia yang memiliki segala-galanya...

Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya..

Hanya Dia yang berkuasa atas segala-galanya..






Apa-apa pun yang berlaku...

Jangan men'second choice'kan Allah...

Allah adalah 'first choice'...

Da best choice....

Secara logiknya...

Kalau ponteng terawih...ponteng tadarus...hanya disebabkan oleh assignment...

HANYA disebabkan assignment...tugasan...study...

Maka tu dipanggil men'second choice'kan Allah..

Sebab...semua tu untuk dunia semata-mata...


Lupakah kita??

Allah yang bagi kita idea...Allah yang bagi inspirasi untuk kita...

Kalau Dia tak tolong kita,kita duduk mengadap laptop 4-5 jam pun,tak dapat nak tulis apa-apa...

Kalau Dia nak tolong,dalam masa setengah jam pun,idea datang mencurah-curah...

Kita kena sedar diri...

Kita tiada apa-apa...

We're NOTHING...

Saya ulang...We're NOTHING...

Semua harapkan ihsan Allah...




Ihsan??

Iye..ihsan....

Atas dasar kasihan...

Dia bagi peluang kita MENUMPANG atas dunia ciptaanNya..

Dia bagi rezeki...

Dia bagi makan..minum...

Bagi bernafas..

Bagi dapat berfikir dengan baik..

Bagi menjalani hidup yang best..



Jadi...

Jangan sombong..jangan lupa diri...

DariNya kita datang..kepadaNya jua kita kembali..

Kenal Dia...

Dia tuan kita...

Kita hanya hambaNya yang sangat-sangat hina..

Dan sangat-sangat lemah...


p/s:Kalau maid tak buat kerja,mesti kena buang keje kan?Klu kita tak buat kerja yang Dia suruh,ada Dia buang kita?

Ingatan utk diri sendiri dan untuk sahabat2




Monday, August 16, 2010

Sunday, August 15, 2010

Kuiz..Siapa Pintar??



Jom...saya tanya...anda jawab...






Mana yang lebih besar antara daerah Kluang dengan negeri Johor?

Jawapan anda: mestilah Johor kan?

Mana yang lebih besar antara negeri Johor dengan Malaysia?
Jawapan anda: mestilah Malaysia kan?

Mana yang lebih besar antara Malaysia dengan Asia?
Jawapan anda: mestilah Asia kan?

Ok..tu saja soalan....

Seterusnya....

Di manakah kebesaran anda berbanding dengan semua perumpamaan tadi??
Jawapan anda berkemungkinan: Kami lebih kecil daripada semut la...


....................................................





Ok..jom teruskan lagi...

Mana yang lebih besar antara Asia dengan planet Bumi?
Jawapan anda: mestilah Bumi kan?

Mana yang lebih besar antara planet Bumi dengan galaksi Bima Sakti?
Jawapan anda: mestilah Bima Sakti kan?

Mana yang lebih besar antara galaksi Bima Sakti dengan seluruh angkasa raya?
Jawapan anda: mestilah seluruh angkasa raya kan?

Soalan seterusnya.....

Kalau diteropong dari luar angkasa raya yang saintis pun belum dapat mencari penghujungnya,apakah anda mampu melihat Bima Sakti? 

Jawapan: Anda akan menggeleng kepala

Adakah anda mampu melihat planet Bumi?

Jawapan:Anda akan menggeleng kepala

Jadi,sebesar mana manusia ketika itu?

Jawapan: Manusia adalah lebih kecil daripada kuman


..........................................................


Ya..jika itu jawapan yang anda beri...JAWAPAN ANDA TEPAT!! 

Adakah kamu tahu, Allah s.w.t itu lebih besar daripada segala-galanya??


"Dan Allah di atas segala sesuatu."(Ali Imran:165)











Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner