About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Wednesday, June 24, 2009

Hari y dinanti-nantikan...

Akhirnya,tiba jua Rejab y ditunggu-tunggu selama ini..jomlah kite sama2 imarahkan bulan Rejab ni..sementara masih bernyawa!!tahun depan,xtahu dapat jumpe Rejab lagi ke tidak..marilah kite sama2 bpuasa bg y mampu..Namun..bg y tidak mampu bpuasa..

1. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


2. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti..




SEDEKAH???

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat,
dihapus seribu kejahatan.
dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.



xperlu bnyk2...sikit pn xpe... yg penting ikhlas semate2 kerana ALLAH S.W.T.


emm..elaun belum masuk..duit cket je ni..cukup2 makan je..

klu mcm ni..ingatlah...sedekah tu..bukan sedekah duit je...
sedekah tenaga, doa, ilmu dan senyuman juga sedekah..


tgk tu..die pn senyum gak..nk sedekah tu..



senang je kn????


Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti
ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

ada lagi.....
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.


p/s:Marilah kite sama2 buat y mana y termampu..rugi kalau lepaskan peluang mcm ni...susah nk dapat..saham akhirat ni..jom2..

Wednesday, June 17, 2009

Explore Rejab!!

InsyaAllah...andainya kite masih diberi peluang oleh Allah utk menikmati hidup ini, kite akan memasuki bulan Rejab.. Pada 24 Jun 2009 (Rabu)..

JOM EXPLORE REJAB!!JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA..REBUT PELUANG KEEMASAN!!

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH S.W.W

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH S.W.T

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :

"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."


~Ini hanyalah sekadar ilustrasi~


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :

"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda baginda lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


~Don't do this!!Tiada panggilan sepenting seruan Ilahi...~


"Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p/s:Subhanallah..sayang nye Allah kat die..banyak pahala n ganjaran disediakan utk hambaNya..jadi,dah jadi tugas hambanYA @ KEMESTIAN utk cuba dptkan seberapa banyak ganjaran..untuk apa???untuk bekalan kite...ke DESTINASI kite y ABADI...kalau kat dunia ni..masing2 blumba nk cari duit bnyk2..nk jd kaya..utk bekalan akhirat???jom kite try kire..cukup ke simpanan 'duit' n 'harta' kite utk akhirat nnt???JOM!!

Saturday, June 13, 2009

Sudah Tiba Masanya..

Jom kita renungkan kembali bait-bait mendalam As-syahid Hassan Al-Banna:

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"



Dan bak kata Sukarno, presiden pertama Indonesia......

"Berikan aku 10 orang pemuda nescaya akan ku goncangkan dunia!"


Muslimat perkasa?

Sejauh mana kebenaran bahawa di sebalik seorang pemimpin negara itu adanya seorang wanita?Benarkah muslimat itu sayap kiri perjuangan kaum muslimin?

Mata pena lebih tajam dari bilah pedang..Kini,alam maya sebagai ganti mata pena..menjadi medium curahan pandangan dan pemikiran..tokoh2 serikandi Islam...

NAMUN!!

seramai mana y mengetahui mengenai kisah2 pjuangan dan seksaan yang dihadapi oleh Zainab al-Ghazali semasa menentang Jamal Abd. Nasir?~Hari-Hari Dalam Hidupku~


"...Pada saat itu, Nusaibah memutuskan untuk ikut bertempur.Dengan pedang dan panah ditangan, beliau dengan pasti melangkah menuju Nabi Muhammad SAW yang dikelilingi muslimin-muslimin yang berperan sebagai tameng manusia untuk melindungi Rasulullah dari panah-panah kaum musyrikin. Setiap kali ada yang menyerang Rasulullah, Nasibah dengan berani melawannya. Kemanapun Rasulullah berpaling, ada Nusaibah yang berdiri di depan Rasulullah untuk melindunginya..."

BERAPA RAMAI Y MENGAGUMI KEKENTALAN NUSAIBAH @ UMMU 'UMARAH INI????

DAN...berapa ramai juga y tahu tentang Khansak???Seorang ibu y telah menyuntik semangat jihad ke dalam diri kesemua puteranya dan akhirnya ksemuanya syahid di sisi Allah...


Sudah tiba masanya..

Bangunlah wahai muslimat2 perkasa!!

Bangkitlah wahai serikandi2 mujahidah!!

Kite perlu mlatih diri utk bjiwa besar..kite y akan mjadi pencorak masa depan..

Jadikan sejarah2 kegemilangan Islam sebagai pemangkin kegemilangan ummah..


“Islam sarat dengan tokoh, namun malang ramai kita tidak mengenali mereka yang pernah mewarnai dunia ini dengan semangat luarbiasa dakwah mereka. Sejarah telah mendesak-desak saya agar mengadakan pengembaraan dan kelana ke negara-negara luar. Banyak karya-karya berat telah membuka paradigma dan dogma pemikiran saya yang sempit. Sehingga dengan itu, saya terkena virus penyakit malas bekerja semata-mata kerana rasa ingin membaca dan menulis yang meluap-luap.”
– Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Presiden GAMIS 2007-2009

p/s:jom kite sama2 ambil iktibar & pengajaran dari kisah2 pjuangan Islam terdahulu..

Thursday, June 11, 2009

Kaabah Pusat BUmi????

p/s:semua pembaca diminta mbaca dgn teliti agar anda dpt mmahani n mrasai kekuasaan Allah S.W.T..(allahuakbar!!)

p/s: andai tdapat sebarang kekeliruan atau pandangan mngenai isu ini,bolehla dikemukakan..kite akan buat sesi bdiskusi n btukar pndangan..anda diminta mbaca dgn mata hati..insyaAllah..


Mekah tbukti sbg tempat yang pertama dicipta dan terdapat kenyataan ilmiah bahwa:
-Bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air (samudera yang sangat luas)
-Kemudian gnung berapi di dasar samudera ini meletus dengan kuat dan mhasilkn lava n magma dalam jumlah besar yang membentuk ‘bukit’.
-Dan bukit ini adalah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikannya lantai dari Ka’bah (kiblat).
-Batu asal Makkah dibuktikan oleh suatu kajian ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.(ALLAHUAKBAR!!)

Ini bererti bahwa Allah meluaskn dataran2 di dunia ini bmula dari Mekah!Jadi, ini adalah tempat yang paling tua di dunia.

Adakah hadis nabawi yg mbuktikan fakta yang mengejutkan ini?
Jawapannya adalah YA..
Nabi bersabda:
‘Ka’bah itu adalah sesistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluas.’ Ini dapat dibuktikan dgn fakta2 saintifik:

Bukti2 Makkah Pusat Bumi

Bukti 1)
Allah berfirman di dalam al-Qur’an al-Karim sebagai berikut:

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ bererti ibu bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber kpda semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini.

Bukti 2)
Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini. Allah berfirman maksud-nya:

Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33).

Berdasarkan ayat ini dan beberapa hadis dapat difahamkan bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

Bukti 3)
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".



Bukti 4)
Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahwa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis pada peta, dan sesudah itu dia meneliti posisi 7 benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing.Setelah 2 tahun mbuat kajian y complex itu dgn program2 komputer utk menentukan jarak2 yg tepat dll. Dia merasa kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.

Dia mengumpamakn sprti 1 lingkaran dan Makkah ialah titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Pada waktu yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

Bukti 5)
Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, memberikan hasil yang sama ketika kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Bukti 6)
Telah ada teori ilmiah y sahih bhawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

p/s:Allahuakbar!!betapa Al-Quran telah mendahului zaman..segala apa y dibuktikan oleh sains telah terdapat dalam Al-Quran..Al-Quran & sains saling berkait..perumpamaanya,agama tanpa sains TEMPANG..tetapi..sains tanpa agama BUTA!!sama2 kite fikirkan..

Tuesday, June 9, 2009

Tudung??Dulu..Kini..& Selamanya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


""Di awal 90-an, bilangan org bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah tetapi.......

Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya drpd calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.


Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang- kadang akai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk drpd mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya.

Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Sudah tidak semahal wanita yg bertudung awal- awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah yg belum kelihatan berjalan- jalan di taman bunga atau di tempat tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung diperingkat awal dahulu.

p/s:semoga ini dapat memberi peringatan kpd kite semua dan juga peringatan untuk diri saya sendiri..sama2 berusaha utk 'menjaga diri'..

Monday, June 8, 2009

Tinta terakhir buat teman..

Jika kamu menadah air,biarlah berpada,
jangan terlalu berharap pada takungannya,
dan jangan menganggap ia begitu teguh,
cukuplah sekadar mengikut keperluanmu...

Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula,
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..





Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya,
janganlah kamu terlalu mengaguminya,
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
anggaplah dia manusia biasa...

Apabila sekali dia melakukan kesilapan,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya,
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya,
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu,
akan berterusan hingga ke akhirnya..

Saturday, June 6, 2009

Pemilik Cintaku..

"Jika kau belum berkahwin,kejarlah Allah S.W.T. sblum mengejar cinta lelaki..Tanpa redha Allah S.W.T,andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah.Sia-sia sahaja usaha y kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.."-pemilik cintaku-



"Usai solat sunat pengantin baru bersama-sama,aku menyalaminya. Bergetar hebat seluruh jiwa saat pertama kali dahiku dikucup suami. Indahnya!Pasti takkan kunikmati getaran seindah ini andai telah terbiasa bersentuhan sebelum bernikah lagi. Indahnya syariat Tuhan y mengatur kehidupan.."-pemilik cintaku-


"...Banyak cerita y ingin dikongsi bersama.Maklumlah,sebelum kahwin xpernah saling berbicara. Berkatnya sgt terasa.Bila sudah berkahwin, byk perkara y ingin diceritakan utk dkongsi bersama. Saling mengenali hati budi setiap kali bertukar tutur bicara. Agaknya, seandainya aku sudah biasa berbual-bual dengannya sebelum berkahwin lagi,sudah tentu aku tidak dapat merasai nikmat y sebegini,berbual-bual mesra dgn si dia y halal utk dicintai..."-pemiik cintaku-





"...Kami kemudiannya singgah di sebuah pantai peranginan y dilatari pemandangan indah ciptaanNya. Indahnya menikmati 'dating cinta' di sana. Emm..kalaulah sudah biasa 'dating' sebelum kahwin, pasti tiada perasaan luar biasa y sebegini rupa. Begini berkatnya jika batasan syariat sama2 dijaga, besar sekal peranannya dalam mbuahkan cinta rumah tangga.."-pemilik cintaku-

p/s:bes sgt buku ni..byk pengajaran y dpt diambil...pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul..mesti kena baca tau!!

Monday, June 1, 2009

Antara Dua Darjat..

Kali ini...saya ingin menyelongkar perkara yang berkait rapat dengan perasaan..Bile kite mengimbas kembali crite lakonan P. Ramlee.."Ibu Mertuaku"...memang itulah senario antara dua darjat y dpt ditunjukkn..Namun..

Bukan hanya jurang kekayaan,bahkan jurang pendidikan..antara y pandai dgn y kurang pandai..antara YB dan orang biasa..semuanya ad jurang..ini akan menjurus kepada...RENDAH DIRI...MASALAH KOMUNIKASI..dan bermacam2 lg rencah kehidupan..

Rendah diri, ramai dari kita yang sering berasa rendah diri bila berhadapan dengan orang yang lebih hebat dari kita.. Walaubagaimanapun perasaan rendah diri juga perlu bagi memastikan kita tidak sombong dan bongkak.. Bagi insan yang merendah diri sukar bagi pihak lawan untuk menafsir kekuatan dan kelemahan mereka…

Namun perasaan merendah diri yang melampau juga mampu menidakkan keupayaan diri.. Jangan dijadikan perasaan rendah diri itu sebagai satu penghalang..NAMUN..bagaimana perasaan orang miskin bila berhadapan dgn orang kaya yang bongkak????Cuba bayangkan anda sebagai orang biasa yang berhadapan dengan YB2 yg hanya mesra berkomunikasi dgn rakan2 Yb shj dan acuh tak acuh dgn org biasa???Perasaan y tidak diundang "rendah diri" mula menyelinap dlm diri..Apa penyelesaianny?Orang kaya y bongkak? YB2 y tidak mesra alam? atau salah org biasa???

Sebenarnya secara jujur memang perasaan rendah diri ini wujud dalam diri setiap orang..tipulah kalau seseorang itu mengatakan die tidak pernah berasa rendah diri. Memang ianya menganggu keyakinan diri.. Namun kita dapat mengatasinya sedikit sebanyak dengan bantuan ilham dariNya dan juga perangsang dari rakan-rakan..

Bagaimanakah perasaan rendah diri ini dihilangkan ?? Adakah anda seorang yang rendah diri ?? Rasanya cukup setakat ini..Masih merendah diri dengan keupayaan dalam menulis blog ini..

4 Batang Lilin...

Ada 4 lilin yang menyala.

Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Yang pertama berkata:
“Aku adalah Damai.”
“Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”

Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Yang kedua berkata:
“Aku adalah Iman.”
“Sayang aku tak berguna lagi.”
“Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:
“Aku adalah Cinta”
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.”
“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”

Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.

Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata:
“Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!”

Lalu si anak menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

“Jangan takut,
Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

” Akulah H A R A P A N “

Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!

Kisah Sebuah Jam,,

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” tanya si pembuat jam.

“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?”

“Oh, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Moral :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Malah yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner