About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Sunday, December 19, 2010

Koreksi Diri 11~Under Construction?

Under construction?
Nak baiki apa?blog ke under construction?

Tak lah..salah...

Macam mana kalau diri sendiri yang under construction?


Reconstruction untuk...

mengatur kembali fikiran dan perasaan saya tentang 
kehidupan.
perjuangan. 
masa depan. 
kelemahan.
 kekuatan.
 kekurangan.
 kelebihan. 

Iye..selama ini..masa lampau...hari2 yang bakal mendatang..


Bukan sedikit cabaran yang melintang...yang telah ditempuhi..dan yang bakal ditongkah..
Semuanya boleh menjadi benih-benih pesimis...
bisa membunuh keyakinan..
bisa menggugat semangat..
rebah di luar, tumbang di dalam..
atau...
mungkin juga...
gagah di luar,bergelut di dalam..

Jadi...saya..'mengambil cuti'...seminggu...tak lama..untuk..'reconstruction' diri saya..

Kepada semua pelanggan setia blog saya..
Saya sayangkan anda...
Jangan pernah berhenti...untuk berlari..kerana..esok masih ada..untuk kita..

Saya meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal..
"Kita ditemukan di medan yang mengajar diri menjadi pejuang..
Peganglah semangat perjuangan itu,dan teruskan perjuangan..
Ketika sangkakala bertiup,tamar yang harus ditanam harus terus ditanam..
Maka dalam tiupan angin mehnah yang datang dengan 1001 hikmah ini.
Janganlah engkau berhenti berlari..




Berlarilah..


Aku tidak mahu membayangkan apa2 tentang dirimu..


Melainkan kau adalah seorang pejuang yang terus berlari.."

Setiap orang punya perjuangan sendiri..teruskan berjuang..
Agar engkau terus berlari!!


p/s:.......off seminggu!!.......jangan rindu saya!!hehe..

Thursday, December 16, 2010

Koreksi Diri 10~Hollow?

Quicksand?

Apakah?

Oh..pasir jerlus...

Quicksand ni..seringkali dimomokkan..seperti...'raksasa'..atau..'makhluk hidup'..yang sabar menunggu..untuk menjerat..dan..memerangkap..mangsa2 nye...mereka..akan ditelan..ke dasar y tak berpenghujung...dengan kejam dan sadis...

Ahaa..tu pasir jerlus yang nampak pada mata kasar..ada jugak 'quicksand' yang kita tak nampak..sabar memerangkap mangsa..perlahan2...n seterusnya menelan mangsanya..

Boleh tak kalau saya namakan 'Hollow Quicksand'??..opss..hollow adalah halimunan..sesuaikah?fikir2..jom..

Hedonisme is a Hollow Quicksand!

Boleh terima tak?Fenomena 'quicksand' dan hedonisme adalah sama!

Hedonisme menular dalam pemikiran kita secara perlahan2..sangat sabar kan?
Bila sudah 'terperangkap' dalam hedonisme itu..mangsanya akan 'ditelan'..dengan kejam...
Budaya kuning menjadi tuhan..(maaf kalau agak melampau..tapi ni realiti hari ini..)
Pergaulan bebas tu benda biasa..kalau jaga pergaulan tu dianggap kolot..old school..close-minded
Bangga 'meminjam baju2 adik'..tak up-to-date la baju besar2 ni...body I kan solid..slim..
Haha..yup...seksi..dan..seksa...

Mangsa pasir jerlus..ada yang mati...ada yang lumpuh...ada yang selamat..
Mangsa hedonisme..ada yang mati hati..ada yang lumpuh pegangan hidup...ada yang selamat kembali ke pangkal jalan...

Siapa yang lagi kejam?
Tu bukan persoalannya..
Cuma...
Sama2 lah kita fikir...
Cara2..nak bantu2...mangsa2...quicksand..n...hollow quicksand...

p/s:terfikir..CPR dapat tak bantu mereka?haha...

Koreksi Diri 9~Hati itu batu..yeke?

Stalaktit?

Stalakmit?

Macam mana boleh wujudnya 'mereka'?

Ingat lagi tak?kita pernah belajar masa Form 3 kan...subjek Geografi..

Apa beza stalaktit dan stalakmit?
Mana yang kat atas mana yang bawah?

Haha..cepat search!tanya uncle Google...die setia menjawab...


Sbenarnya..saya bukan nak cerita pasal ni pun..opss....ada kaitan sikit2 je...


Hati  wanita..sinonim dengan kerak nasi..letak air..lembutlah ia...


Betul ke selembut tu?Tak caya2..haha..


Kalau hati manusia diumpamakan dengan batu?


Rasional tak kalau dikatakan...

Sekeras-keras batu di pergunungan ,kalau dititiskan setiap hari air di atas batu tu lama kelamaan batu tu akan lekuk jua.....

Tapi apakah hati manusia akan berubah..setiap kali  ditarbiyah utk kebaikan?

Again...credit to Ustaz Asyraf Shari..bak kata beliau..


"Batu itu menjadi lekuk kerana kesediaannya ditarbiyyah oleh titisan air yang konsisten menitik. 


Bayangkan kalau batu itu melarikan diri, nescaya ia tidak akan lekuk dek kerana titisan air, tetapi ia bisa hancur jatuh terhempap di lembah Air Terjun Niagara. Maka, sediakanlah diri untuk ditarbiyyah oleh Islam."



Haha..tepat sekali kata2 beliau!saya sokong 110%!!


Batu itu lekuk kerana bersedia ditarbiyah oleh titisan air yang konsisten menitik...


Jenguk2 sikit hati kita...adakah sudah bersedia untuk ditarbiyah?adakah kita sudah buka hati kita luas2?


Kalau Allah jadikan batu macam manusia..boleh melarikan diri,takkan wujud la stalaktit n stalakmit kan??

Stalaktit terbentuk dari titisan air di langit gua yang mengkristal
Stalagmit terbentuk dari titisan air yang jatuh ke lantai gua.



teka la ni stalaktit ke stalakmit?

p/s:hati y escape dari ditarbiyah?muhasabah sekejap..

Wednesday, December 15, 2010

Koreksi Diri 8~Pilih...

Bismillahirrahmanirrahim..pembuka tinta yang suci...

Assalamualaikum w.b.t...

Doaku...semoga pelanggan2 blog y setia ini sntiasa dlm lindunganNya..

Koreksi diri..korek2...gali2...haha...sedalam mana kita faqih tentang diri kita sendiri...

Surface seperti kerak bumi sahaja?
Atau melepasi mantel?
Atau....mendalam sehingga ke teras luar n teras dalam?

Fikirlah..renunglah..muhasabahlah...


Entry kali ini..cetusan dari status FB salah seorang sahabat saya...credit to Ustaz Asyraf Syari ye...


Bak kata beliau..


Pilihlah..sama ada mahu menjadi
1-terung
2-telur
3-kopi


yang semuanya di rendam dan di panaskan dalam periuk yang mendidih panas.


perubahan setelah direndam:


terung=keras ke lembut
telur=lembut ke keras
kopi=maintain(keluarkan aroma yang wangi gitu..)


analoginya......


periuk panas mendidih
 ialah
masalah@
mehnah@
tribulasi@
cabaran@
halangan
dan sewaktu dengannya


terung 
ialah
orang y tegas n berprinsip
berubah 
jadi tak keruan @ lembik .....kerana masalah


telur 
ialah
asalnya lemah lembut n menghargai orang 
berubah..
jadi..kasar...pemarah...kerana masalah


kopi 

ialah

kekal sebagai kewujudan diri yang tidak berubah 

walau di humban masalah atau bebanan, 

tidak mengeluh atau negatif, 

tapi sentiasa positif 

bahkan membantu orang lain 

dengan berkongsi pengalaman

 mengurus masalah 


kopi yang diumpamakan dengan bau yang harum.



Kita macam mana?

terung?
telur?
kopi?


ya...kopi yang terbaik!Cool...tenang...optimis...


bak kata ustaz Asyraf.."jadilah y bermanfaat utk diri dan orang lain.."


Kopi positif yang menyihatkan!!yeah!!mai secawan...(haha..iklan radix)

Tuesday, December 14, 2010

Koreksi Diri 7~Gunting?

Babak 1:
Saya dan bayang2 saya..telah pergi...meronda2...ke bandar kota bharu negeri Serambi Mekah....


Dengan harapan...mencari kedai gunting rambut...yang memenuhi syarat2 berikut:
1)perempuan sahaja
2)tertutup(takkan nak wat free show rambut pulak..)
3)pengguntingnya perempuan Islam


Mungkin ada suara2 sumbang cakap.


"Relax r..tak payah r cerewet sangat..gunting jela kat mana2 pun...dengan sape2 pun.."

"Tak payah la nak susah2 kan diri..cari sana sini..gunting je..kan senang.."


Baiklah..meh nak jawab..bukan apa..tuan punya badan ni..sangat2 la lemah tak terdaya...
Kalau kena langgar dek motor pun dah patah riuk segala tulang temulang..

Kalau tukang gunting non-muslim...tempat terbuka..campur lelaki perempuan...habislah..

Tak pasal2 saham dosa mengalir..free2 je...rambut bukannye sehelai..beratus2..adus...
Tak sanggup den..nak kena tanggung dosa tu....
Jadi..baiklah bersusah payah sekarang....dari bersusah payah 'kemudian'

Tapi..kalau sesiapa yang rasa diri die 'kuat' nak tanggung segala 'saham2' tu..terpulang la ye...

Jap..tibe2 terfikir..kalau orang free hair macam mana?saham tu....mengalir2..mencurah2..huh..gerun!

Ok la..sambung cerita..pusig punya pusing kat area KB tu...emm...hampa..

Tiada satu pun kedai gunting y memenuhi syarat...
(mungkin ada y kami tak jumpa kot..)

Akhirnya..kami ke Kubang Kerian..mencuba nasib..namun masih lagi gagal..

Pencarian kami berakhir..apabila..sampai di destinasi terakhir..Pasir Tumboh!

Alhamdulillah..

Finally!!

Mission accomplished!

Kedai tu cukup sifat..cukup syarat..cukup umur..sah la..hehe..opss...

Sbenarnya..sepanjang perjalanan kami berfikir...


1-Kalau lah negeri ni yang negeri Serambi Mekah ni pun susah nak cari kedai gunting yang cukup syarat..
kat tempat lain macam mana?Super duper susah kot...


2-Dah jatuh hukum fardu kifayah ke ni..atas umat Islam kat negeri ni..yela..jap2..tau ke pe fardu kifayah?jom tanya pakcik Google..


"Fardhu Kifayah ialah perkara yang apabila dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka gugurlah kewajipan terhadap manusia yang lain seperti mengetahui perkara secara terperinci tentang sesuatu fardhu ain, hukum-hukum cabangnya dan dalil-dalilnya daripada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qiyas ataupun dalil-dalil lain yang mengikutinya, juga mengetahui seluruh perkara yang diperlukan oleh umat yang mana mereka tidak akan bangun tanpa kewujudannya. 

Perkara ini bukanlah sekadar perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syariah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya, tetapi ia menjangkau kepada semua ilmu, kepakaran, pekerjaan dan perindustrian. "



'Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya ilmu tentang prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu kifayah seperti ilmu perladangan, tekstil dan pengurusan. Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka akan cepatlah kehancuran negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan kerana mereka akan berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan ubat tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut. Oleh itu tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu tersebut.' 


sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3532.0


huh..panjang lebar..harap semua faham ye...

jadi..jomlah sama2 mjadi tukang gunting!!(opss..haha)

p/s:mode:rindukan siti pah....die sifu tukang gunting saya...



Monday, December 13, 2010

Koreksi Diri 6~Kau remaja?

Hari ini...saya menjenguk2 blog Dr.Faisal Tehrani...saya singkap tulisannya...satu persatu...ya..lelaki ini berjiwa besar...die menulis bukan sekadar untuk hari ini..bahkan untuk hari esok...hati saya terpaut..dengan kata2nya...dengan prinsipnya.....kenapa??kerana...saya kira..kami punya pemikiran yang agak sama..namun..saya tak dapat menzahirkan pemikiran saya....dalam bentuk tulisan...seperti beliau...jom kongsi!sama buka minda!!


Cerna kata2 nya..bait demi bait...


"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap...
Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap...
Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing..
Sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini...
Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. 
Mereka tidak bersikap apa-apa pun. 
Mereka hanya melulu. 
Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. 
Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. 
Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. 
Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. 
Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga." 

- Faisal Tehrani, Dewan Siswa April 2010.

Haha..benar kata2nya...tepat pada batang hidup..remaja tiada sikap...melulu..enjoy....life begin at 40...apa lagi?xpuas enjoy..still muda...sampai bila baru nak matang??

p/s:teringat Sultan Muhammad al-Fateh..umur 22 dah tawan Kota Constantinople..remaja tu..kita??apa yang kita dah tawan?tawan hati orang?ops..haha..sama2 renungkan

Saturday, December 11, 2010

Koreksi Diri 5~Bola?

S.A.H.A.B.A.T

1-Apa tu?haha...jawapannya??SUBJEKTIF..terpulang pada individu..untuk mendefinisikannya...
2-Bila dah namanya jawapan subjektif..maknanya....macam2 jawapan la...Hikayat 1001 Sahabat(memandai je..)
3-Takkan ada jawapan salah...arbitrari(haha....boleh ke cakap gini)


Macam mana kalau sahabat = bola..
(opss..kejam sangat ke ni?hehe..)

Bola sepak..sebelum dapat dikejar2..dah dapat disepak2...(dush!)

Bola tampar..berebut2 nak dapatkan...dah sentuh..di 'pass'kan kepada orang 
lain..(oh nooo!!)

Bola jaring..dapat je bola..kena baling...tidak lebih dari 3 saat!(sekejap sangat kan?)
^
^
^
^
Kalau bola ragbi?

Haha...berebut2..bila dah dapat bola..pegang erat2..lindungi dengan badan..pertahankan dari musuh..

Begitulah..dalam sebuah hubungan...persahabatan..

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Ni kata2 Dakmie...dalam lagu Yang Terindah..cite Adam Maya...
Nak tau lagi ape Dakmie cakap?

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Haha..kasih disalut dengan kejujuran..

Iye..persahabatan itu...

Berkiblatkan kejujuran...

"The naked truth is always better than the best dressed lie"..
(dah bape kali saya ulang..huhu)

Kepercayaan...

Pengorbanan....

Terima sahabat seadanya...

Bersyukur dengan kelebihan mereka...

Redha dengan segala kekurangan mereka...

Nobody perfect....ingat tu je....diri sendiri pun tak sempurna..


Ada tak expired date dalam bersahabat?

Ada tak wisel penamat dalam bersahabat?

Sekali lagi...subjektif..bukannye objektif..bukannya multiple choices
(aneka pilihan)

Pesan Rasulullah , 
Sebaik-baik sahabat adalah mereka yang :
Apabila kamu melihatnya, teringat Allah
Apabila melihat akan amalnya, teringat akan akhirat
Apabila kamu berbicara dengannya, pengetahuan agamamu bertambah. 

Jadi..

Pejam celik pejam celik..dah 22 tahun saya hidup..

Sebelum pejam tak celik-celik...saya ingin memohon kemaafan..kepada semua sahabat2 saya...

MAAF & TERIMA KASIH...atas segala2nya....

mode:listening to Rasa Ini by Vierra(bes gak..)

Friday, December 10, 2010

Koreksi Diri 4~Mengejar Fatamorgana

Siang melabuhkan tirainya...

Seantero alam....mengalu-alukan kehadiran gemersik malam dengan tangan yang terbuka...

Cengkerik bersahutan...

Inilah....fitrah alam....realiti...

Cubit2 pipi...oh...tak bermimpi...

Inilah hakikat...bukan FATAMORGANA...


Eh...ada lagu..pasal fatamorgana kan?

"Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka

Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari"

FATAMORGANA?
Ye...mungkin selama ini...
Terlalu angkuh menongkah arus.....mengejar fatamorgana...
Terlalai dan terleka..dibuai impian indah fatamorgana...

Fatamorgana?
Impian indah?
Apa ni?
Apa yang kau maksudkan?
Apa yang kau ingin sampaikan?
Keliru!!
Buntu!!

Baiklah..fatamorgana itu...

Semasa kita memandu kereta di atas jalan raya pada waktu panas terik,
^
^
kita akan nampak lopak air di hadapan..
^
^
apabila kita sampai ke tempat itu..
^
^
tiada lopak air itu..
^
^
dan sekali lagi kita akan nampak lopak air lain dihadapan..
^
^
begitulah..
^
^
kita akan terus mengejar..
^
^
dan mengejar..
^
^
dan mengejar..
^
^
lopak air itu...
^
^
hakikatnya..
^
^
lopak air itu tidak wujud pun!
^
^
Ianya tidak lebih dari sekadar....FATAMORGANA...


Hakikat dunia pun begitu..sibuk mengejar Fatamorgana..mengejar benda yang tak pasti...

1-Mungkin fatamorgana bagi si A adalah harta yang melimpah ruah
2-Bagi si B pula..dia sibuk mengejar fatamorgana pangkat dan kedudukan tinggi...
3-Wanita juga mungkin fatamorgana bagi si C...

Apa jua fatamorgana itu..ia tidak akan abadi..ianya..bayangan..tidak pasti..melalaikan..penuh dengan tipu daya...

Apa pun..bak kata lirik lagu Fatamorgana...

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia

Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Fatamorgana adalah ujian kita......ujian aku......ujian kau....yang berbeza...hanyalah...JENIS fatamorgana..

Solusinya....pakcik Google cakap...dalam lirik lagu tu..ada sebut...

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

p/s:main kejar2 dgn fatamorgana...penat kan?

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner