Jun 4th, 2010
by Hilal Asyraf
Sebahagian Pelajar Irbid bersama relawan Gaza. Ada ramai lagi yang menunggu giliran untuk bergambar di belakang kamera itu.
Alhamdulillah, semalam ada program bersama relawan Lifeline4Gaza yang baru sahaja dibebaskan. Perkongsian bersama pelajar-pelajar di Irbid. Saya rasa syukur kerana dapat bertemu dengan mereka dan melihat mereka dalam keadaan sihat.
Sungguh, hati kurang tenang apabila tidak melihat mereka secara berdepan-depan.
Syukur, mereka semua sihat walafiat dan ceria, bahkan bersemangat.
Maka di sini saya kongsikan perkongsian mereka. Ayat kali ini nampak skema sikit sebab semalam saya ditugaskan menjadi penaip rasmi akan perjalanan dan pengisian program. Saya akan bahagikan post ini kepada dua memandangkan ia sangat panjang. Post kedua mungkin ana menyusul pada 6hb Jun 2010 apabila saya tiba di Malaysia.
Maaf kerana tidak dapat post dua-dua memandangkan saya sangat sibuk mengemas barang untuk pulang ke Malaysia.
Apa-apa pun, untuk perkongsian pertama ini, dikongsikan perkongsian dari 3 orang dari 6 relawan yang hadir. Iaitu Dr Selamat Aliman, Ustaz Hasanuddin dan Dr Syed Muhammad Halim. Manakala perkongsian daripada Aswad Astro Awani, Encik Muhammad Nizam dari Haluan dan Ustaz Jamaluddin Ilyas akan dipost pada post yang kedua.