About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Thursday, July 30, 2009

Apa kaitan solat dengan urat saraf??


'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang , otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

Tuesday, July 28, 2009

Erti Hidup untuk Memberi..


"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.."

Berbahagialah...andai hidup ini dimanfaatkan dengan sebaiknya..ikhlaskan hatimu...

Mungkin sesekali..kite perlu memberi...memberi dengan seikhlas hati...memberi untuk memastikan kebahagiaan orang lain...

Hidup ini bukan hanya untuk menerima..menerima kesenangan..menerima kebahagiaan...

Jangan kedekut untuk memberi...

Jangan takut untuk berkorban...

Jangan takut untuk kehilangan...

~ku biar kalam berbicara...menghurai maksud di jiwa...~
~senja di dalam hati..datangla kunang-kunang..bawalah cahaya dalam senja nan merah ini..~

Sunday, July 26, 2009

Kecil Vs Besar...


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayatal-Qur’an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

p/s: fikir- fikirkan..

Tuesday, July 21, 2009

H1N1????


Hari ketiga berada di zon isolasi.isolasi!!ye..isolasi..kuarantin..smua pkataan tu sama maksud..hati ini..sebak..sudah puas ditahan..namun..gugur jua mutiara2 jernih dari kelopak mata ini..

teman2 di kelas..menyanyikan lagu Heal The World untuk kami berlapan..8 kesemuanya ahli kelas kami yang dikuarantin..kesemua hati2 ini telah bergabung....menjadi 1..kehilangan y amat2 dirasai..

jigsaw puzzle?? ye..macam jigsaw puzzle...saling melengkapi..kalau xcukup 1 bahagian,xkan lengkap puzzle tu..

kami bhubung melalui 3G..rasa mcm jauh sgt2..rndunye..masa wat 3G tu kami y dikuarantin ni,menangis teresak2..perasaan bercampur-baur..sedih..rindu..terharu..di mana kan ku cari ganti...dalam vdeo tu jugak,kami nmpk..teman2 kat kelas turut menangis..sambil bsama2 dedikasikan lagu utk kami..

Ya Allah..mungkin inilah kemanisan ukhuwwah..inilah antara hikmah di sebalik ujian ni..



p?s:"we're a big hepi family..."

Monday, July 20, 2009

Kuarantin???

semalam...20julai2009..sejarah tercipta..H1N1..antara percaya dan tidak...antara mimpi dan realiti..kawan2 disahkan H1N1 positif!!walaupun xdapat dipastikan jumlah sebenarnya..namun..cukuplah..peritnya..ssiapa y mengalami tanda2 demam,batuk,selesema...semuanya dikuarantin..diasingkan...dan..saya di antaranya..Ya Allah..ini ujianMu..berikan kami kekuatan..ad antara kawan2 sy y menitiskan air mata..hiba..pilu...tidak dapat menerima y kami dikuarantin..kami bpotensi utk mdapat virus ini..tapi..bila difikirkan secara rasional..ada hikmahnya semua ini blaku..sakit kan dapat mhapus dosa2 kecil..insaf..insaf atas segala kealpaan..Allah masih sygkn kite..masih bpeluang menebus dosa2..kami redha menerima ujianMu..buat kawan2 y sihat,jaga kesihatan..dan..bjuta2 kemaafan dipohon..kerana terpaksa membebani kalian..dengan tugasan2 menimbun..xdapat nk menolong..

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner