About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Thursday, December 31, 2009

Cikgu!!Hadiah Tahun Baru!!

Istimewa sangat ke hari ini??Kenapa kedatangan 1 Januari 2010 disambut dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Merdeka...SEDANGKAN...kehadiran 1 Muharam 1431 H bagaikan tidak dinanti..bagaikan tidak bernilai apa-apa..Saja je ni intro ni...tiada kaitan pun sbenarnya...

Hari ini..saya ingin berkongsi 1 berita..khusus untuk pelatih-pelatih IPGM seluruh Malaysia..Walaupun berita ini sudah disiarkan dalam akhbar Berita Harian beberapa hari lepas,saya cuma ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat yang mungkin tidak berkesempatan untuk membaca akhbar...Jom...Baca...


Pelatih kesal institut tak hirau aduan gangguan pensyarah gatal



INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA) Kuala Lumpur melahirkan ramai pendidik berkaliber. Malangnya, tindakan pensyarah tertentu menimbulkan kegelisahan pelajar perempuan.

Masalah kami sudah dibawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi institut, namun tiada tindakan diambil.

Ini memaksa kami mendedahkannya melalui media supaya Bahagian Pendidikan Guru turun padang menyiasat masalah itu.

Pelatih perempuan sering berdepan gangguan seksual pensyarah lelaki. Perkara ini berlarutan dari semasa ke semasa yang mengundang keresahan serta ketakutan.



Pensyarah berkenaan sering menyentuh bahagian tertentu tubuh. Walaupun cuba dihalang dia terus melakukannya berkali-kali. Bentuk gangguan seksual lain ialah melalui pujuk rayu di telefon.

Saya antara mangsanya dan sentiasa ketakutan di institut ini kerana bimbang terserempak dengan pensyarah berkenaan yang akan mengambil kesempatan menyentuh saya.

Kejadian ini berlarutan sejak sekian lama dan ramai pelajar perempuan menjadi mangsa. Saya beranggapan institut ini tempat selamat untuk menuntut ilmu, begitu juga anggapan ibu bapa.

Sebaliknya, pensyarah yang tidak bertanggungjawab mengancam dan menggugat keselamatan pelajar perempuan di institut itu.

Pihak pentadbir mengetahui perkara ini, namun tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

Saya harap perbuatan tidak bermoral ini dapat tangani segera oleh IPG KBA dan Bahagian Pendidikan Guru bagi mengembalikan kepercayaan dan keselesaan pelajar perempuan sepanjang berada di institut itu.

PELATIH KETAKUTAN,
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur

Selasa-29/12/2009

P/S:em..sama-sama kita fikirkan..

3 comments:

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner