About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Monday, March 15, 2010

Any Comment??



Program ICT Sekolah Brilliant Kids (TBKids)

Melalui program Terengganu Brilliant Kids yang diperkenalkan di 963 buah tadika seluruh negeri awal, guru-guru kini menggunakan papan sesentuh atau Interactive White Board yang mengandungi pelbagai elemen untuk mengajar kanak-kanak.

Kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta bagi membiayai program itu di peringkat awal menggantikan Program Q-Dees yang hanya menyediakan dua mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik. Tiada lagi penggunaan papan putih, pen marker, mahu pun gambar-gambar lukisan yang dilukis sendiri oleh guru, untuk mengajar kanak-kanak tadika di negeri ini.

Program tersebut yang dimulakan awal tahun lalu mengandungi audio, visual, multi-media serta latihan-latihan yang menguji tahap kecerdasan dan penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Kaedah ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kanak-kanak yang tidak fokus dan kurang minat terhadap kaedah pembelajaran formal dalam kelas yang lebih bersifat konservatif dan kurang menarik.



Di peringkat sekolah rendah, sebanyak 25k e-Book dibekalkan secara percuma kepada semua murid Tahun Lima sekolah rendah seluruh negeri, mulai tahun lalu. Pembahagian e-Book dilakukan secara telus di mana semua murid mendapat kemudahan itu, tanpa mengira bulu dan latar belakang keluarga, demi memastikan hasrat kerajaan negeri mewujudkan masyarakat ‘celik komputer’ tercapai.

Usaha menambah nilai peralatan ICT di sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang terpilih itu sudah pasti membolehkan lebih ramai pelajar tempatan menguasai bidang ICT, sebelum mereka menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Akhirnya, pelajar-pelajar ini akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta menjadi kebangaan seisi keluarga dan mampu mengangkat martabat masyarakat tempatan.

credit to:http://www.cikgublog.com/

No comments:

Post a Comment

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner