Aku yang kau panggil Darth Vader
Punya hati dan juga jiwa
Ada waktu mampu berdiri
Ada kalanya terasa juga
Kalau kau kata aku pembawa disaster
Yang kau ukur hanya dengan air matamu
Maka pernahkah kau melihat air mataku
Yang berjejeran kerana terseksa?
Mungkin di matamu aku Darth Vader,
Wajah pemusnah alam yang kau benci,
Tetapi pernahkah kau bertanya,
Menyelidiki atau meneliti
Akan kehidupanku yang hakiki
Wajah pemusnah alam yang kau benci,
Tetapi pernahkah kau bertanya,
Menyelidiki atau meneliti
Akan kehidupanku yang hakiki
Akan perubahan yang telah aku lalui
Akan niatku yang sejati
Atau kau hanya terpengaruh realiti lama
lantas bergerak menghapuskanku selama-lamanya?
Akan niatku yang sejati
Atau kau hanya terpengaruh realiti lama
lantas bergerak menghapuskanku selama-lamanya?
Aku bukan Anakin
Yang meninggalkan Padme Amidala
Aku bukan Darth Vader
Dan hidupku sama sekali bukan Star Wars
No comments:
Post a Comment