About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Monday, March 7, 2011

Jangan hingga kesemua pintu itu kamu tutup..

Kekalkanlah kepercayaan kamu, walaupun hanya tinggal secebis 

Ada masa kadangkala kita ini melihat diri kita tidak punya harapan. 

Pelbagai jenis tidak punya harapan yang mungkin kita hadapi.
Lain manusia, lain tidak punya harapannya.
Ada orang merasakan, dirinya tidak punya harapan untuk menjadi baik, soleh, bertaqwa dan sebagainya. 

Setiap kali dia berusaha ke arah kebaikan,dia mesti jatuh. 
Ataupun, dia menyedari bahawa dia perlu jadi baik adalah apabila dia telah tenggelam dalam lautan kemasiatan, dan kemaksiatan itu telah menjadi darah dagingnya.
Ada orang lain pula, merasakan bahawa dirinya tidak punya harapan untuk bahagia.

Dalam hidupnya hanya ada kesusahan. 
Dari kecil tidak difahami. 
Asyik dibenci walau telah mencuba yang terbaik. 
Sering gagal walau telah berusaha. 
Dan dalam apa jua kerjanya, tindakannya, perjalanan hidupnya, pasti ada dugaan dan cubaan yang membawa derita mengekorinya.
Dan ada macam-macam jenis lagi ‘perasaan tidak punya harapan’ yang wujud pada manusia.
Dan perasaan-perasaan ini biasanya membawa kita kepada ‘penutupan kepercayaan kita kepada Allah SWT’. 

Kita rasa Allah tidak menyebelahi kita. 
Kita rasa Allah memang nak masukkan kita dalam neraka. 
Kita rasa Allah memang telah mentakdirkan kita dengan penderitaan. 
Kita rasa itu, dan kita rasa ini.

Tetapi guru saya, Dr Ala’ Hilat berpesan:
“Hendaklah kamu, jangan hingga kesemua pintu antara kamu dengan Allah SWT, kamu tutup.”

credit to langitilahi.com

No comments:

Post a Comment

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner