About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Tuesday, December 14, 2010

Koreksi Diri 7~Gunting?

Babak 1:
Saya dan bayang2 saya..telah pergi...meronda2...ke bandar kota bharu negeri Serambi Mekah....


Dengan harapan...mencari kedai gunting rambut...yang memenuhi syarat2 berikut:
1)perempuan sahaja
2)tertutup(takkan nak wat free show rambut pulak..)
3)pengguntingnya perempuan Islam


Mungkin ada suara2 sumbang cakap.


"Relax r..tak payah r cerewet sangat..gunting jela kat mana2 pun...dengan sape2 pun.."

"Tak payah la nak susah2 kan diri..cari sana sini..gunting je..kan senang.."


Baiklah..meh nak jawab..bukan apa..tuan punya badan ni..sangat2 la lemah tak terdaya...
Kalau kena langgar dek motor pun dah patah riuk segala tulang temulang..

Kalau tukang gunting non-muslim...tempat terbuka..campur lelaki perempuan...habislah..

Tak pasal2 saham dosa mengalir..free2 je...rambut bukannye sehelai..beratus2..adus...
Tak sanggup den..nak kena tanggung dosa tu....
Jadi..baiklah bersusah payah sekarang....dari bersusah payah 'kemudian'

Tapi..kalau sesiapa yang rasa diri die 'kuat' nak tanggung segala 'saham2' tu..terpulang la ye...

Jap..tibe2 terfikir..kalau orang free hair macam mana?saham tu....mengalir2..mencurah2..huh..gerun!

Ok la..sambung cerita..pusig punya pusing kat area KB tu...emm...hampa..

Tiada satu pun kedai gunting y memenuhi syarat...
(mungkin ada y kami tak jumpa kot..)

Akhirnya..kami ke Kubang Kerian..mencuba nasib..namun masih lagi gagal..

Pencarian kami berakhir..apabila..sampai di destinasi terakhir..Pasir Tumboh!

Alhamdulillah..

Finally!!

Mission accomplished!

Kedai tu cukup sifat..cukup syarat..cukup umur..sah la..hehe..opss...

Sbenarnya..sepanjang perjalanan kami berfikir...


1-Kalau lah negeri ni yang negeri Serambi Mekah ni pun susah nak cari kedai gunting yang cukup syarat..
kat tempat lain macam mana?Super duper susah kot...


2-Dah jatuh hukum fardu kifayah ke ni..atas umat Islam kat negeri ni..yela..jap2..tau ke pe fardu kifayah?jom tanya pakcik Google..


"Fardhu Kifayah ialah perkara yang apabila dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka gugurlah kewajipan terhadap manusia yang lain seperti mengetahui perkara secara terperinci tentang sesuatu fardhu ain, hukum-hukum cabangnya dan dalil-dalilnya daripada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qiyas ataupun dalil-dalil lain yang mengikutinya, juga mengetahui seluruh perkara yang diperlukan oleh umat yang mana mereka tidak akan bangun tanpa kewujudannya. 

Perkara ini bukanlah sekadar perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syariah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya, tetapi ia menjangkau kepada semua ilmu, kepakaran, pekerjaan dan perindustrian. "



'Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya ilmu tentang prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu kifayah seperti ilmu perladangan, tekstil dan pengurusan. Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka akan cepatlah kehancuran negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan kerana mereka akan berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan ubat tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut. Oleh itu tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu tersebut.' 


sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3532.0


huh..panjang lebar..harap semua faham ye...

jadi..jomlah sama2 mjadi tukang gunting!!(opss..haha)

p/s:mode:rindukan siti pah....die sifu tukang gunting saya...



2 comments:

  1. wah, mengembara nmpknya kwnku ni semata2 nk cri kdai gunting..lain kali potong je sndiri tini..senang..hehe..=p...tak silap kat cabang empat kat pasir hor (menghala ke wakaf che yeh) tu ada gak satu kedai gunting pompuan yg tukng gunting islam..=)

    ReplyDelete
  2. hehe..ye ek...terima kasih ye...nanti sy tgk...hehe...

    ReplyDelete

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner