About this blog

Perawi Hadith : Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Wisdom...

skin

asma ul husna

Ukhuwwah dijalin kasih disemai..


ShoutMix chat widget

pengunjung..

hari ini

Pages

Buat pengunjung..

mutiara kata

Powered by Blogger.

LAMAN UKHUWWAH

Followers

RSS
Container Icon

Monday, October 18, 2010

Dia sangat dekat!

Pada suatu hari....


Tettt..........Tetttttt......Tetttttt........(bunyi mesej masuk)


Oh...aku tersenyum...Dia sangat mengetahui!Dia sangat memahami....Dia sentiasa ada di saat aku memerlukannya!


Saat itu...hati aku gundah...berusaha untuk menahan empangan takungan air dari pecah...sedaya-upaya menahan manik-manik mutiara dari gugur...sedih...iye...sangat sedih....hiba...menusuk-nusuk dalam hati....


Namun aku kena kuat....aku takkan biarkan mutiara-mutiara jernih itu gugur dengan sia-sia...Pada detik itu jugalah Dia menghantar wakilNya...Dia menggerakkan hati salah seorang hambaNya untuk menghantar mesej kepada aku...


Nak tau apa mesej itu??


"Kadang2 kita terlupa kita pernah gembira bersama dia....
 kadang2 kita terleka yang dia selalu buat kita tertawa....
 kadang2 kita tersenyum kerana dia pernah buat kita bahagia....
 adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuat kita merinduinya...
 orang itu adalah orang yang pernah berkongsi SUKA & DUKA bersama kita..."


Ya Allah...Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui...Kau tahu segala-galanya...Kau tahu...Aku terguris kerana hambaMu...dan Kau hantar hambaMu juga untuk mengubati lukaku....Kau sangat dekat denganku....Sedikit sebanyak..terubat juga luka itu..tapi masih belum sembuh..


Tidak lama selepas itu.....


Tettt..........Tetttttt......Tetttttt........(bunyi mesej masuk)

Lagi sekali ada mesej masuk...

"Jangan kecewa dengan masalah hari ini...
 Sehingga terlupa akan kebahagiaan hari esok...
 Kerana mungkin esok Allah menyediakan sebuah kebahagiaan untukmu...
 Sebagai hadiah ketabahan hari ini..."

Dan kali ini...aku tewas....tewas dengan kasih sayangNya....betapa Dia amat menyayangi aku...betapa hebat percaturannya...setitis demi setitis...gugur jua...aku seka air mata itu...

Dalam hati...aku sematkan azam...Aku tidak layak untuk menghukum sesiapa...Maafkan semua kesalahan orang dengan hati yang ikhlas...Hanya Dia yang layak memberi hukuman..bukan aku..bukan kau...bukan sesiapa...

Dipetik dari FB salah seorang sahabat....

"Orang yg baik bukanlah dia yang tidak pernah melakukan kesalahan. Tetapi, orang yang baik adalah org yang pernah melakukan kesalahan, lalu memohon ampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya. Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya."




4 comments:

Serikandi Mujahidah Corner

Serikandi Mujahidah Corner