Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)
Apa kaitannya ye??
Iyela...macam ni...maknanya...nikmat Allah sangat banyak!! Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidaK layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.
yeah, betul2..la tahzan ya ukhti..setiap perkara ada hikmah yg tersembunyi...=)
ReplyDeleteain,,,syukran...smoga kite sma2 kuat dlm mnempuh idup y singkat ini...
ReplyDelete